Pak Man Industries Sdn Bhd merupakan kilang memproses makanan yang mempunyai kepakaran dalam penghasilan produk pes makanan (sedia untuk dimakan atau sedia untuk dimasak). Kami menawarkan perkhidmatan OEM kepada founder yang mempunyai keinginan dalam menghasilkan produk makanan jenama sendiri. Kilang kami menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan mematuhi standard Good Manufacturing Practice (GMP) yang ditetapkan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bahan-bahan serta produk yang dihasilkan akan melalui proses analisa dan penyelidikan oleh pakar atau ahli kimia yang diiktiraf. Oleh itu, produk makanan yang diproses oleh Pak Man Industries Sdn Bhd adalah diyakini bersih dan selamat untuk semua pengguna.